Pakej & Tempahan



Kadar penginapan : Hari minggu/cuti : RM250 ; Hari biasa : RM220.

Cara tempahan :

  1. Hubungi Syazwan @ Salihah malalui talian telefon , whatsup ataupun email.
  2. Nyatakan tarikh tempahan. Tarikh tempahan yang di pilih mestilah mengikut kekosongan pada jadual tempahan.
  3. Buat pembayaran deposit sebanyak RM100/hari melalui bank berikut (kami akan maklumkan no akaun melalui khidmat sms) :
    • CIMB      
    • Maybank 
  4. Sila maklumkan yang anda telah membuat pembayaran deposit. sertakan bersama nama wakil dan no. IC tetamu. Tempahan akan di muat naik ke dalam jadual selepas pengesahan pembayaran deposit. (Jika berlaku perselisihan semasa proses tempahan, pelanggan yang membuat perbayaran deposit terdahulu berhak mendapat tempat untuk tarikh yang ditempah)
  5. Selesai langkah 4, semak tempahan anda di Jadual Tempahan selepas 10-15minit.
  6. Pembayaran penuh hendaklah dibuat semasa check-in.
  7. Untuk pembatalan tempahan sila maklumkan sekurang-kurangnya 2 hari sebelum hari tempahan. Pembatalan selepas tempoh tersebut akan dikenakan pengurangan pengembalian deposit sebanyak 50%.
  8. Kami mengalu-alukan sebarang negosiasi untuk tempahan jangka masa panjang.

Pemberian & pemulangan kunci :

  1. Pihak homestay akan menyerahkan kunci kepada tetamu semasa waktu check-in.
  2. Sewaktu membuat pembayaran penuh, pihak homestay juga akan mengambil satu salinan IC tetamu.
  3. Penyerahan semula kunci mestilah selewat-lewatnya pukul 12 pada hari check-out. Sila patuhi waktu check-out.

Penambahan hari penginapan :

  1. Sebarang permohonan untuk menambah hari penginapan adalah dibenarkan hanya sekiranya terdapat kekosongan pada hari berikutnya.